Tarikh |
: 23 Jun 2024 (Ahad) |
Masa |
: 11:30 pagi - 12.30 tengah hari |
Tempat |
: NADI Bertam |
Peserta |
: Lepasan SPM |
Tujuan
Tujuan kelas adalah membantu pelajar menyediakan fail untuk temu duga menggunakan microsoft word.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan menunjukkan cara untuk membuat carian logo-logo rasmi dan memuat turun gambar. Seterusnya, pelajar diberikan tunjuk ajar untuk membuka microsoft word. Petugas juga menerangkan beberapa kegunaan menu yang diperlukan semasa menyediakan dokumen seperti pemilihan jenis tulisan,penggunaan kotak dan cara untuk memasukkan gambar. Seterusnya, pelajar juga diajar untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip ke dalam pendrive untuk dicetak.