Pasukan Sukarelawan Malaysia(RELA) Bertam Baru di tubuhkan sejak 40 tahun yang lepas iaitu sekitar tahun 1976. Peranan pasukan RELA Bertam adalah seperti yang termaktub dalam perlembagaan iaitu

Pertahanan kawasan mengikut konsep mengikut konsep yang digunapakai oleh pasukan Home Guard, iaitu memelihara keselamatan dan keamanan setempat sehingga diambil alih oleh pasukan keselamatan.

Peranan ini pula meliputi:

  • Keselamatan dan pertahanan sasaran penting dalam kawasan tanggungjawab, jika ada.
  • Perpindahan serta perlindungan penduduk awam ke kawasan penempatan yang selamat
  • Tugas geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut di dalam kawasan tanggungjawab.
  • Tugas pencegahan jenayah bagi kawasan tanggungjawab sehingga diambil alih oleh pihak polis.

Pasukan RELA Bertam Baru di bahagi kepada dua iaitu:

1) Pasukan Relawan

- Pasukan Relawan di ketuai oleh En. Ahmad b. Abdul Kadir yang dikenali sebagai Ketua Perhubungan Rela Kawasan. Anggota Relawan RELA adalah sebanyak 1000 orang ahli di seluruh mukim Bertam Baru. Anggota ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula 17 tahun.

2) Pasukan Relawati

- Pasukan Relawan di ketuai oleh Pn. Rohana Shahidin yang dikenali sebagai Ketua Platun PKR. Anggota Platun Khidmat Relawati ( PKR) di mukim bertam Bertam Baru adalah seramai 100 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula 16 tahun.

 

RELA Bertam Baru sangat aktif dalam pelbagai aktiviti sama ada aktiviti khas atau aktiviti bersama komuniti. Sebelum kejadian banjir di penghujung tahun 2014, pasukan ini amat aktif dalam membuat aktiviti kawad mingguan. Kawad mingguan ini diadakan 2 kali seminggu pada setiap hari Sabtu dan Rabu di tapak futsal Kg. Bertam Baru. PasukanRELA Bertam Baru juga akan sentiasa mengaambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak RELA seperti aktiviti menembak, perkhemahan, kursus latihan dan banyak lagi. Mereka juga banyak menerima anugerah dan cenderahati atas pencapaian dan perkhidmatan yang telah mereka berikan.

 

 

 

 

 

 

Balai Polis Bertam adalah sebuah balai yang merangkumi semua mukim Daerah Bertam. Terdapat beberapa seksyen yang di bahagikan untuk proses pengawalan dan jga penyeliaan di mana setiap seksyen biasanya terdiri dari 5 orang anggota. Setiap balai polis yang di tubuhkan mempunyai tujuan dan anggota yang di lantik juga mempunyai tugas yang tersendiri bagi membantu dan menjaga keselamatan rakyat termasuklah Balai Polis Bertam ini. 

Tujuan Penubuhan Balai Polis:

  1. Mengurangkan kadar jenayah ke tahap minimum.
  2. Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia
  3. Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang
  4. Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah
  5. Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM
  6. Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara
  7. Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang bolen mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam. 

Tugas Anggota Polis:

  1. Menangkap semua orang yang di beri kuasa oleh undang-undang untuk di tangkap.
  2. Memproses risikan keselamatan
  3. Menjalankan pendakwaan
  4. Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang yang berhubung dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran
  5. Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan.
  6. Melaksanakn saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang di keluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten
  7. Mempamerkan maklumat
  8. Melindungi harta yang tidak di tuntut atau hilang dan mencari tuan empunya
  9. Menyita binatang-binatang yang berkeliaran san menempatkannya dalam kandang awam
  10. Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta.
  11. Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak.
  12. Menghadiri mahkamah jenayah dan jika di perintah dengan khas, mahkamah sivil
  13. Menjaga ketenteraman di dalamnya dan mengiringi serta menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada di dalam jagaan polis.

Selain menjadi pusat untuk keselamatan penduduk, balai polis ini juga di jadikan tempat penempatan mangsa banjir jika berlakunya kejadian banjir kerana lokasi balai ini terletak di tempat yang agak tinggi. Balai Polis juga memiliki sebuah rakit khas untuk kegunaan waktu kecemasan atau bencana yang mana di lengkapi dengan 4 buah bot. 

 

Pasukan Bomba Sukarela Bertam Baru

 

 

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bertam di tubuhkan pada tahun 1992 yang terdiri daripada 15 orang anggota kekuatan dari penduduk tempatan Kg. Bertam Baru. Penubuhan ini adalah secara tidak berdaftar kerana penubuhan pada masa tersebut sebagai sebuah pasukan keselamatan jika berlakunya kebakaran. Pada tahun 2000, PBS Bertam Baru telah di iktiraf secara sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan pada tahun 2009, PBS Bertam Baru menerima asset daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai kelengkapan untuk anggota membantu menjalankan tugas sebagai penyelamat. Penubuhan pasukan ini telah sedikit sebanyak telah membantu komuniti dan masyarakat setempat dalam apa jua masalah yang melibatkan keselamatan terutamanya kebakaran. Oleh kerana Kg. Bertam Baru terletak agak sedikit jauh dari bandar, jika berlaku kes kebakaran atau apa sahaja masalah yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat, 48 orang anggota pasukan PBS ini amatlah di perlukan oleh komuniti. 

 

 Carta Organisasi