Tarikh    

: 04 September 2024 (Rabu)                            

Masa

: 05:00 petang - 06:00 petang

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Sek.Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Untuk membuat buku skrap menggunakan microsoft word dan secara manual.

 Aktiviti  

Permulaan kelas pelajar mencari bahan-bahan di web carian terlebih dahulu. Setelah lengkap bahan yang diperlukan pelajar membuka microsoft word dan menaip buku skrap bertemakan kemerdekaan 2024. Selain itu, pelajar juga belajar mengedit gambar menggunakan aplikasi web remove image background. Selain itu, pelajar juga dapat belajar cara untuk memasukkan imej ke dalam word dan juga menukar saiz imej dengan cara mudah dan cepat. Tambahan juga, pelajar dapat belajar menukar jenis-jenis tulisan beserta kesan khas kepada tulisan. Akhir sekali, pelajar juga belajar menyimpan buku skrap ke dalam pendrive untuk di print.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh    

: 16 Ogos 2024 (Jumaat)                            

Masa

: 03:00 petang - 04:00 petang

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Sek.Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Untuk membuat simulasi ini sangat sesuai untuk pembelajaran konsep asas litar arus terus (DC) dan memberikan pengalaman praktikal dalam membina litar elektrik.

 Aktiviti  

Pelajar perlu  akses laman simulasi dengan pergi ke laman web PhET Circuit Construction Kit: DC Pelajar akan melihat pelbagai komponen seperti bateri, perintang, mentol, wayar, dan suis. Klik pada mana-mana komponen yang anda ingin gunakan.Seterusnya,pelajar perlu seret dan lepaskan komponen yang dipilih ke dalam ruang kosong untuk memulakan binaan litar.Sambungkan wayar antara komponen seperti bateri dan perintang untuk mencipta litar lengkap.Pelajar mengaktifkan litar dengan menggunakan klik pada suis untuk membuka atau menutup litar. Perhatikan arus yang mengalir apabila litar ditutup.Simulasi akan memaparkan bagaimana komponen berfungsi. Anda boleh melihat bagaimana perubahan pada litar (seperti menambah lebih banyak perintang) mempengaruhi arus dan voltan.Ubah suai susunan komponen atau gantikan bateri/perintang untuk melihat pelbagai kesan terhadap prestasi litar. 

Gambar Aktiviti

 

Tarikh    

: 04 Ogos 2024 (Ahad)                            

Masa

: 11:00 pagi - 01.00 tengah hari

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Untuk membuat sticker produk menggunakan canva.

Aktiviti 

Peserta masuk ke akaun canva peserta  di canva.com . Seterusnya, klik pada create a design dan pilih daripada template yang sedia ada.Tambah elemen reka bentuk yang berkaitan dengan produk.Menambah teks ke sticker dengan memilih daripada pelbagai jenis font dan gaya yang disediakan oleh Canva.Tambahkan warna dan latar belakang yang sesuai.Peserta memuat naik imej dari komputer dan memasukkan pada sticker.Pelajar menyimpan reka bentuk sticker dalam format yang sesuai, seperti PNG atau PDF.Setelah memuat turun peserta juga belajar mencetak stiker menggunakan kertas sticker untuk ditampal pada botol produk.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh    

: 07 Ogos 2024 (Rabu)                            

Masa

: 10:00 pagi - 11:00 pagi

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Untuk membuat menu makanan menggunakan canva.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan log in ke akaun canva.com. Seterusnya, peserta membuat carian template menu dan memilih yang sesuai dengan perniagaan. Peserta juga menyesuaikan template dengan pilihan teks, warna, font dan juga gambar produk jualan. Setelah selesai memasukan kesemua elemen peserta menyimpan dan memuat turun reka bentuk menu makanan dengan format jpg. Selain itu, peserta juga mencetak dan berkongsi menu kumpulan perniagaan.

Gambar Aktiviti

Tarikh    

: 03 Ogos 2024 (Sabtu)                            

Masa

: 05:00 petang - 06.00 petang

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas meyediakan resume menggunakan microsoft word.

Aktiviti 

Kelas penyediaan resume menggunakan Microsoft Word memberikan panduan praktikal kepada peserta dalam mencipta resume dengan menggunakan ciri-ciri yang disediakan oleh perisian tersebut. Peserta diajar cara menggunakan templat resume yang telah disediakan, serta bagaimana untuk menyesuaikan format dan gaya mengikut keperluan individu. Fokus utama termasuk pengaturan susun atur teks, penggunaan font yang sesuai, dan pengintegrasian elemen seperti senarai pengalaman kerja dan kemahiran dengan berkesan. Kelas ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran peserta dalam menghasilkan resume yang berkualiti tinggi dan meningkatkan peluang mereka dalam pasaran kerja.

Gambar Aktiviti