Tarikh |
: 20 Disember 2023 (Rabu) |
Masa |
: 03:00 petang - 05:00 petang |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas membuat aktiviti STEM menyediakan tanghulu.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan pelajar menonton video cara-cara menyediakan tanghulu. Seterusnya, pelajar menyediakan bahan- bahan seperti air,gula,buah, lidi dan juga periuk. Pertama sekali pelajar diminta untuk mencucuk buah-buahan yang dibawa pada lidi. Kedua petugas membantu pelajar dengan memanaskan periuk elektrik yang disediakan bagi merebus air bersama dengan gula. Seterusnya, pejajar mula mencelup buah-buahan yang dicucuk di dalam air gula dan dibiarkan seketika bagi mendapatkan hasilnya.
Tarikh |
: 16 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 03:00 petang - 04:00 petang |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas membuat daily planner menggunakan canva.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai fungsi canva sebagai satu platform yang membantu pelajar menyediakan perancangan aktiviti harian secara atas talian. Kelas diteruskan dengan meminta belajar untuk membuka web canva dan log masuk menggunakan emel. Kemudian dimulakan dengan memilih bahagian daily planner. Seterusnya, pelajar mula memilih design planner mengikut citarasa masing-masing. Kelas diteruskan lagi dengan pelajar mula memenuhi planner dengan kegiatan aktiviti seharian. Tambahan juga pelajar dapat mencantikan lagi daily planner dengan skema warna, gaya fon dan latar belakang mengukut kreativiti. Akhir kelas , pelajar belajar untuk menyimpan hasil kerja,belajar untuk berkongsi ke whatsapp dan juga memuat turun dalam bentuk jpg,pdf dan juga png.
Tarikh |
: 03 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 04:00 petang - 05:00 petang |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Belia |
Tujuan
Tujuan kelas menyediakan resume menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas mengenai microsoft word dalam penyediaan dokumen. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk menggunakan templet resume yang telah disediakan di Microsoft word. Peserta mula melengkapkan resume bagi permohonan pekerjaan. Selain itu, peserta juga diajarkan cara untuk memuat naik gambar bagi melengkapkan resume. Tambahan juga peserta diajarkan cara untuk menghantar resume melalui whatsapp.
Tarikh |
: 16 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa |
: 10:30 pagi - 11:30 pagi |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas menyediakan poster tip kesihatan dan keselamatan banjir Microsoft Word.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan petugas meminta pelajar untuk mencari satu contoh poster di google mengenai tip kesihatan dan keselamatan ketika banjir. Seterusnya pelajar diminta untuk membuka microsoft word dan membuat poster berkenaan. Kelas diadakan juga memberi perhatian dalam penggunaan fungsi bentuk , jenis tulisan ,saiz dan juga warna yang terdapat di microsoft word. Tidak lupa juga pelajar diminta untuk meyimpan poster masing-masing setelah selesai.
Tarikh |
: 10 November 2023 (Jumaat) |
Masa |
: 11:30 pagi - 12:30 tengah hari |
Tempat |
: Pusat Ekonomi Digital Bertam |
Peserta |
: Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Tujuan kelas diadakan untuk belajar menggunakan power point untuk masukkan gambar pada tulisan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan petugas menerangkan tentang kegunaan powerpoint kepada pelajar Petugas memberi tunjuk ajar untuk memasukkan gambar pada tulisan bagi menambhakan lagi kecantikan tulisan yang dibuat.Selain itu, pelajar juga membuat carian gambar yang menarik di google. Akhir kelas, pelajar diminta untuk menyimpan hasil kerja mereka di dalam folder yang disediakan.