Tarikh    

: 03 Ogos 2024 (Sabtu)                            

Masa

: 05:00 petang - 06.00 petang

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas meyediakan resume menggunakan microsoft word.

Aktiviti 

Kelas penyediaan resume menggunakan Microsoft Word memberikan panduan praktikal kepada peserta dalam mencipta resume dengan menggunakan ciri-ciri yang disediakan oleh perisian tersebut. Peserta diajar cara menggunakan templat resume yang telah disediakan, serta bagaimana untuk menyesuaikan format dan gaya mengikut keperluan individu. Fokus utama termasuk pengaturan susun atur teks, penggunaan font yang sesuai, dan pengintegrasian elemen seperti senarai pengalaman kerja dan kemahiran dengan berkesan. Kelas ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran peserta dalam menghasilkan resume yang berkualiti tinggi dan meningkatkan peluang mereka dalam pasaran kerja.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh    

: 23 Jun 2024 (Ahad)                            

Masa

: 11:30 pagi - 12.30 tengah  hari

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Lepasan SPM

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu pelajar menyediakan fail untuk temu duga menggunakan microsoft word.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan menunjukkan cara untuk membuat carian logo-logo rasmi dan memuat turun gambar. Seterusnya, pelajar diberikan tunjuk ajar untuk membuka microsoft word. Petugas juga menerangkan beberapa kegunaan menu yang diperlukan semasa menyediakan dokumen seperti pemilihan  jenis tulisan,penggunaan kotak dan cara untuk memasukkan gambar. Seterusnya, pelajar juga diajar untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip ke dalam pendrive untuk dicetak.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh    

: 10 Mei 2024 (Jumaat)                            

Masa

: 10:30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Sekolah Menengah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu pelajar menyediakan kerja kursus Bahasa Arab menggunkan Microsoft Word.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai beberapa fungsi menu yang akan digunakan dalam microsoft word semasa menaip kerja kursus. Tambahan juga petugas menerangkan cara-cara untuk menukar tulisan rumi ke bahasa arab. Selain itu, pelajar dapat belajar untuk menyimpan dokumen yang telah siap ditaip ke dalam pendrive untuk dicetak.

Gambar Aktiviti

Tarikh    

: 02 Jun 2024 (Ahad)                            

Masa

: 02:00 petang - 03.00 petang

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Guru Takmir

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu peserta membuat tuntutan mengajar di laman web e-Takmir MAIK.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan menunjukkan cara untuk acess ke laman web e-Takmir terlebih dahulu. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk menyelesaikan urusan pengisian maklumat yang diperlukan. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk memuat turun dan menyimpan dokumen di pendrive. Akhir sekali, peserta dibantu untuk memuat naik dokumen yang di imbas ke bahagian yang dikehendaki di dalam web e-Takmir.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh    

: 04 Mei 2024 (Sabtu)                            

Masa

: 11:00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat

: NADI Bertam

Peserta

: Sekolah Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu pelajar mengulangkaji subjek sains secara atas talian di kuiz wordwall.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai web wordwall. Kemudian pelajar diberi masa untuk memilih bab bagi subjek Sains mengikut tahun masing-masing dan juga tajuk yang telah dipelajari. Di samping itu, pelajar dapat menyemak markah yang diperolehi apabila selesai menjawab. Tambhan pula pelajar juga dapat membuat rujukan bagi soalan dengan membuat carian nota di google.

Gambar Aktiviti