(sumber: https://www.google.com.my/maps)

 

Di bawah Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), En.Ab Rahman b Isa dan Puan Rohana bt Hussin adalah salah seorang komuniti Kg Bertam Baru yang mendapat Projek Ekonomi Desa di bawah Program Usahawan Bimbingan Risda. Pasangan ini telah membuat perniagaan makanan sejuk beku Roti Canai. Dengan pengalaman yang telah sedia ada sebelum ini dalam membuat roti canai, pasangan ini telah mendapat bantuan dari Risda dengan kelengkapan peralatanyang canggih untuk membuat doh roti canai dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti. Pasangan ini merupakan salah satu usahawan yang membekalkan roti canai sejuk beku di Kg. Bertam Baru dan memasarkan produk mereka di dalam kampung ini dan kawasan sekitar. Bagi komuniti bertam yang ingin mendapatkan roti canai sejuk beku ini, mereka boleh mendapatkannya di dalam Pasar Kg. Bertam Baru dan boleh juga terus membuat tempahan di rumah En. Ab Rahman (Jalan Risda,Kg Bertam Baru)  ataupun terus hubungi nombor 0199903389.