Pelancongan

a) Ekpedisi Nenggiri Rafting Challenge

Bagi peminat sukan ekstrem atau "outdoor activities", Gua Musang adalah lokasi yang untuk melakukan aktiviti tersebut.Salah satu aktiviti yang di sediakan adalah seperti Ekpedisi Berakit di sepanjang Sungai Nenggiri. Oleh kerana Kg. Bertam Baru terletak di laluan sungai Nenggiri, Kg. Bertam Baru juga menjadi perhatian pelancong tidak kira dari dalam atau luar negeri untuk melakukan sukan tersebut. Sunga Nenggiri merupakan salah satu anak sungai utama yang mengalir berpunca dari 2000 meter paras laut di kawasan pergunungan Lojing di Banjaran Titiwangsa di bahagian Barat Laut Negeri Kelantan. Aktiviti Ekpedisi Berakit yang melintasi Kg Bertam Baru bermula dari Kuala Betis ke Kg. Star dengan jarak lebih kurang 70 kilometer akan memberi cabaran kepada peserta kerana mereka akan merentasi 30 jeram kecil dan besar sebelum sampai ke destinasi akhir. Di samping itu juga, para peserta akan dapat melihat pemandangan di sepanjang laluan mereka seperti Gua Cha, perkampungan Orang Asli dan keindahan Batu Kapur. 

 b) Jambatan Clementi

 

 

Di Kg. Bertam Baru terdapat sebuah jambatan keretapi yang di bina untuk menghubungkan Kg. Bertam Baru dengan Kg. Bertam Lama merentasi Sungai Nenggiri. Jambatan ini menjadi penghubung antara kampung-kampung yang terletak di seberang seperti Kg. Bertam Lama, Kg. Jerek, Kg. Pasir Tumboh dan banyak lagi. Pada asalnya, jambatan ini di bina tanpa laluan motor dan jalan kaki dan ini membuatkan semua urusan yang berlaku untuk ke kampung sebelah perlu menggunakan laluan keretapi  termasuklah untuk mengebumikan jenazah kerana tanah perkuburan islam terletak di Kg. Bertam Lama. Keadaan ini amat berisiko kepada penduduk di Kg. Bertam Baru kerana terpaksa melalui jambatan tersebut dengan melihat dan mengetahui masa perjalanan keretapi agar mereka selamat untuk melintasi jambatan tersebut. Namun, dengan adanya lalun motor, para penduduk lebih selamat untuk melintasi jambatan tersebut termasuklah pelajar sekolah menengah yang ulang-alik setiap hari untuk ke sekolah. Jambatan ini menjadi tarikan pelancong kerana jambatan ini telah di bina pada zaman penjajahan serta struktur yang di bina adalah agak kuat dan unik dan tidak musnah walaupun pernah di bom oleh Komunis pada zaman dahulu.

 

c) Kubu Tentera

 

 

Selain daripada Jambatan Clementi, Kg. Bertam Baru juga mempunyai sebuah kubu yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Bertam. Kubu ini di percayai telah di bina oleh pihak tentera pada zaman dahulu untuk memantau pergerakan komunis. Kubu yang masih kukuh ini telah menjadi tarikan pelancong dan media untuk memperkenalkan lagi Kg. Bertam Baru ke mata dunia dengan adanya sejarah-sejarah permulaan penempatan penduduk di kampung ini.


  Kesenian

Aktiviti keseniaan juga menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kg. Bertam Baru. Aktiviti keseniaan yang terdapat di kampung ini yang menjadi tumpuan ialah Keseniaan Dikir Barat. Dikir Barat ini sangat terkenal sejak zaman 80an yang di cetuskan oleh golongan belia pada masa itu. Semua anggota dikir barat di kampung ini terdiri daripada penduduk tempatan dan telah banyak membuat persembahan termasuk pertandingan yang telah di sertai. Kejadian banjir yang melanda Kg. Bertam Baru pada hujung tahun 2014 telah memberi impak yang amat besar kepada Persatuan Dikir Barat di kampung ini apabila terdapat sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah datang membantu kanak-kanak untuk teruskan kehidupan melalui penglibatan dalam keseniaan dikir barat. Tujuan utama adalah untuk membentuk jati diri dan semngat cintakan alam sekitar setelah mereka menghadapi kesukaran hidup,kehilangan harta benda dan kegembiraan untuk bermain akibat kejadian banjir yang menimpa. Anak Seni Bertam atau di kenali sebagai ASB telah di tubuhkan oleh NGO yang di anggap sebagai hikmah selepas banjir oleh golongan kanak-kanak di kampung ini kerana mereka di beri peluang untuk mengetengahkan bakat dan yang paling penting dapat mengisi masa lapang dengan latihan dan aktiviti yang berfaedah. Dengan latihan dan tunjuk ajar dari golongan otai dikir barat Kg. Bertam Baru, kanak-kanak ini telah di latih dengan penuh berdisiplin. Latihan di adakan di Dewan Belia 3 kali seminggu bermula jam 9 malam sehingga 12 tengah malam. Dengan latihan dan komitmen yang di berikan, pihak NGO telah membawa pasukan ASB ini ke ibu kota untuk membuat persembahan dan pihak NGO juga telah membuat rakaman teater ASB. Segala aktiviti dan penglibatan ASB ini boleh di tonton dan di lihat di laman sosial Facebook Group (BINGKAS KEBAYAN dan Anak Seni Bertam).