*Ringkasan

08 Ogos 2016 (Isnin)

Enjoy Game(Carom) atau  Kejohanan Carom Tertutup Bertam 2016 telah di anjurkan oleh Risda Stesen Bertam Baru di Warung Buluh milik En. Zainal, Kg Bertam Baru. Acara bermula dari petang sehingga lewat malam telah mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang di sertai oleh golongan belia dan golongan dewasa. Peserta yang berjaya telah mendapat piala sumbangan Liey Enterprise. Kejohanan Carom Tertutup Bertam 2016 ini adalah salah satu program di bawah RISDA untuk komuniti.Syabas kepada penganjur, peserta dan seluruh penduduk Kg. Bertam Baru yang telah menjayakan program ini.

 

*Ringkasan

25 Mac 2016 (Jumaat)

Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw telah berlangsung di Taman Permainan Kg. Bertam Baru. Perlawanan anjuran Syed Azhar (Penyelia ADUN) ini telah mendapat sambutan dari Golongan Belia Kg. Bertam Baru. Perlawanan ini di adakan adalah untuk merapatkan lagi kemesraan antara pemimpim dan belia dengan melakukan aktiviti kesihatan.

 

 

 

Sekalung Tahniah dari Pusat Internet 1Malaysia Bertam untuk Belia Kg. Bertam Baru yang telah mendapat JOHAN dalam pertandingan Sepak Takraw Piala DUN Galas pada 16 Jan 2016 di Gua Musang dan bakal bertanding ke peringkat daerah pada 8 Feb 2016 di Kemahang, Tanah Merah.

 

 

 

 

 

*Ringkasan

Pada 31 jan 2016 yang lepas, golongan belia Kg. Bertam Baru dan belia Kg. Bertam Lama telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak yang di adakan di padang SK. Bertam. Perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara belia-belia di samping untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Perlawanan ini juga dapat membantu golongan belia untuk bersatu hati dalam memperjuangkan pasukan bola sepak DUN Nenggiri untuk menyertai perlawanan di peringkat yang lebih tinggi. 

 

 

 

Belia di Kg. Bertam Baru ini terdiri daripada pemuda-pemudi yang bergerak aktif di dalam semua aspek seperti majlis keraimaian, majlis gotong-royong, sukarelawan, keseniaan dan kesukanan. Tidak kira sama ada belia dari golongan lelaki ataupun wanita, mereka semua saling berkerjasama dan aktif di dalam persatuan belia kampung mengikut kesesuaian. Antara persatuan atau pertubuhan yang di anggotai oleh golongan belia di kampung ini adalah seperti berikut:

Belia 

  1. Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Bertam Baru
  2. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  3. Kelab Futsal
  4. Kelab Sepak Takraw
  5. Kelab Bola Sepak
  6. Persatuan Anak Seni Bertam (ASB)

Beliawanis

  1. Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)
  2. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  3. Persatuan Bomba Sukarela Malaysia (RELA)
  4. Kelab Bola Jaring

 

Penglibatan dan Kejayaan Belia  Bertam Baru

  1. Kejohanan Futsal Tertutup Kg Bertam Baru  (18/11/15)
  2. Majlis Perasmian KOSPEN Kg Bertam Baru (02/12/15)
  3. Majlis Perarakan Sambutan Kemerdekaan yang ke-58 (31/08/15)
  4. Program Khidmat Komuniti Kesedar(P3K) Wilayah Gua Musang  (26/05/15)
  5. Program Cegah Denggi Bersama GDW Mukim Bertam. (03/12/14)