Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

 

 

Klinik Kesihatan Daerah Bertam merupakan sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan yang beroperasi untuk komuniti Kampung Bertam Baru dan kawasan sekitarnya. Klinik ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Bertam.

 

Visi:

  • Mengembeleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

 

Misi:

 1) Memudahkan dan membolehkan rakyat untuk:

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

 

2) Memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi dengan:

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikuti Teknologi
  • Bersesuaian mengikut persekitaran
  • Inovatif

 

3) Menekankan:

  • Sifat penyayang,profesionalisme dan kerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan

 

 

CARTA ORGANISASI

(UNIT MCH)

KLINIK KESIHATAN BERTAM BARU