Tarikh     : 01 April 2022 (Jumaat)                                  
Masa : 10:30 pagi - 11:30 pagi
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft word  dalam menyiapkan kertas kerja berkenaan Mykp Bertam Baru.

Aktiviti 

Dimulakan dengan peserta membuka Microsoft word bagi menaip maklumat pertubuhan serta aktiviti berkaitan Mykp Bertam Baru. Untuk Microsoft word petugas memberi tunjuk ajar cara memasukan kotak ke dalam kertas kerja. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar untuk menukar saiz gambar. Seterusnya, petugas juga menunjukkan cara untuk memuat turun gambar dari whatsapp web untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Sebelum kelas berakhir peserta diajar juga cara untuk menyimpan dokumen ke dalam pendrive sebelum dicetak.

Gambar Aktiviti 

 

Tarikh     : 06 - 07 Mac 2022 (Ahad - Isnin)                                  
Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Sekolah Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Program bersama pelajar sekolah rendah bertujuan untuk melihat mereka mempraktikan apa yang dipelajari tentang microsoft word.

Aktiviti 

Program dimulakan dengan penerangan daripada petugas Pedi tujuan program diadakan. Aktiviti pertama petugas meminta pelajar untuk menaip artikel pendek terlebih dahulu. Seterusnya, petugas meminta pelajar untuk menukarkan bentuk tulisan mengikut arahan yang diberikan. Seterusnya, pelajar juga diminta untuk memasukkan jadual ke dalam dokumen mengikut apa yang telah dipelajari daripada kelas yang lepas. Selain itu juga pelajar juga diminta untuk menghias jadual mereka mengikut citarasa sendiri. Akhir sekali pelajar juga diminta untuk menyimpan hasil kerja mereka ke dalam fail mereka.

Gambar Aktiviti 

 

Tarikh    

: 22 Februari 2022 (Selasa)                                  

Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Pelatih PPDK Bertam Baru

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Kelas bersama pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bertam Baru adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai perkakasan komputer dan juga menggunakan microsoft word.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas mengenai komponen komputer kepada pelatih dan meminta pelatih untuk menyebut semula nama komponen komputer. Seterusnya, petugas juga meminta pelajar untuk menggunakan microsoft word untuk menaip abjad dan nombor.

Gambar Aktiviti 

 

Tarikh     : 24 Februari 2022 (Khamis)                                  
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Tabika Sri Seroja

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Kelas bersama pelajar tabika Sri Seroja adalah untuk menerangkan kepada mereka mengenai perkakasan komputer, asas microsoft word dan juga permainan pendidikan.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai perkakasan kepada pelajar tadika. Seterusnya, petugas meminta pelajar menaip abjad dan nombor menggunakan micsrosoft sebagai pendedahan awal kepada pelajar tadika mengenai kegunaan micrsoft word. Selain itu petugas juga memperkenalkan salah satu permainan pendidikan  web coloring pages for you iaitu permainan pembelajaran mewarna.

Gambar Aktiviti

Tarikh     : 19 Februari 2022 (Sabtu)                                  
Masa : 10:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Sek.Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas diadakan adalah untuk membuat animasi bergerak mengunakan powerpoint.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai kelas animasi bergerak menggunakan powerpoint.Meminta pelajar mencari gambar haiwan dalam bentuk GIF. Menunjukan cara untuk menyimpan gambar ke Desktop. Selain itu, pelajar juga diminta untuk menyimpan animasi yang telah siap ke folder masing-masing.

Gambar Aktiviti