Tarikh     : 16 Julai 2022 (Sabtu)                                  
Masa : 04:00 petang -05:00 petang
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Tadika 

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas diadakan adalah untuk pelajar tadika melukis menggunakan paint.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan meminta pelajar menggunakan menu tools ,shapes dan warna. Seterusnya, pelajar diminta untuk melukis sebuah rumah degan menggunakan bentuk yang disediakan di paint. Setelah siap melukis pelajar juga diminta untuk menyimpan hasil kerja yang telah disiapkan.

Gambar Aktiviti

 

Tarikh     : 15 Julai 2022 (Jumaat)                                  
Masa : 10:30 pagi -11:30 pagi
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Sekolah Rendah

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah untuk melatih pelajar menggunakan web google translate.

Aktiviti 

Pelajar diberikan kertas mengenai kata kerja di dalam bahasa Inggeris dan diminta untuk terjemahkan setiap kata kerja ke dalam Bahasa Melayu. Pelajar diminta untuk membuka web google translate dan mencari maksud bagi kata kerja tersebut.Kemudian pelajar dikehendaki menulis makna di dalam kertas yang diberikan.

Gambar Aktiviti

 

 

Tarikh     : 10 Mei 2022 (Selasa)                                  
Masa : 11:00 pagi - 12:00 tengah hari 
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu Puan Zubaidah untuk mendaftar mybsn online untuk kali pertama.

Aktiviti 

Puan Zubaidah diminta untuk masuk ke portal rasmi myBsn https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do dan klik pada first time registration. Kemudian Puan Zubaidah diminta untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan. Seterusnya, petugas juga meminta Puan Zubaidah untuk mamasukan maklumat kad bank Bsn. Seterusnya, puan Zubaidah diminta untuk  memasukan username dan juga password untuk log in ke myBsn. Setelah berjaya mendaftar dan mengaktifkan myBsn petugas juga memberi tunjuk ajar cara untuk log masuk ke myBsn.

Gambar Aktiviti 

Tarikh     : 18 Mei 2022 (Rabu)                                  
Masa : 04.45 petang - 05:45 petang
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah untuk mendaftar dan membuat  semakan CTOS secara online.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai portal CTOS. Seterusnya, puan farinah mendaftar terlebih dahulu  sebelum log in ke portal CTOS di https://ctoscredit.com.my/. Setelah Berjaya mendaftar petugas menunjukan cara kepada Puan Farinah untuk log masuk dan juga cara untuk membuat semakan CTOS.

Gambar Aktiviti 

 

Tarikh     : 02 April 2022 (Sabtu)                                  
Masa : 10:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Bertam
Peserta : Belia

 

 

 

 

 

 

Tujuan 

Tujuan kelas adalah membantu Puan Farinah untuk mahir menggunakan aplikasi i-Muamalat Mobile dalam melakukan pindahan wang dan juga menukar limit untuk semua transaksi.

Aktiviti 

 

Puan Farinah diminta untuk log masuk aplikasi i-Muamalat Mobile terlebih dahulu. Kemudian petugas menerangkan beberapa kategori menu yang terdapat dalam aplikasi i-Muamalat mobile seperti pindahan,pembayaran dan lain-lain menu. Seterusnya, Puan Farinah belajar untuk melakukan pindahan wang ke lain-lain bank dan cara berkongi resit transaksi. Selain itu, Puan Farinah juga diberi tunjuk ajar untuk menukarkan limit untuk semua transaksi dengan jumlah yang dikehendaki.

Gambar Aktiviti