Tarikh: 25 Jan 2015 (Isnin)

Masa: 2.00 pm- 5.00 pm

 

 

 

 

 

Tarikh: 08 Jan 2015 (Isnin)

Masa: 2.00pm-5.00pm

 

 

 

 

 

 

Golongan wanita di Kg.Bertam Baru juga bergiat aktif seperti golongan belia dan beliawanis. Mereka sentiasa ada dan memberi sokongan serta kerjasama dalam apa jua majlis atau sambutan yang di adakan di kampung ini. Dalam banyak-banyak aktiviti yang melibtakan kaum wanita di kampung ini, ada satu aktiviti yang sentiasa aktif iaitu Kelas Memasak. Kelas memasak ini di adakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam 2 petang hingga 5 petang. Kelas memasak ini di kelolai oleh wakil KEMAS iaitu Pn. Noraini bin Yaakob atau di kenali sebagai Kak Ni oleh penduduk kampung. Setiap minggu, kelas masakan yang di adakan akan di penuhi oleh golongan wanita Kg.Bertam Baru dan kadang kala di sertai oleh golongan beliawanis di mana mereka akan mencuba masakan yang berlainan setiap minggu. Masakan yang di ajar oleh Kak Ni bukan semuanya masakan yang berat seperti seperti resepi lauk-pauk, tetapi Kak Ni juga ada mengajar golongan wanita ini memasak pencuci mulut dan kuih-muih tradisional. Tidak ada bayaran untuk menyertai kelas ini tetapi peserta yang menyertai kelas ini di minta untuk membayar harga barangan yang di gunakan untuk aktiviti pada hari tersebut. Harga barangan untuk di masak akan di bahagikan dengan jumlah peserta yang hadir pada hari tersebut dan masakan yang di masak oleh mereka itu akan di bawa pulang ke rumah masing-masing. Kelas memasak ini di adakan di dewan kecil khas untuk aktiviti ini yang berdekatan dengan Balai Polis Bertam Baru. Dengan adanya kelas memasak ini, golongan wanita di kampung ini dapat memenuhi masa lapang mereka di waktu petang dan mereka juga dapat mempraktikkan ilmu yang di pelajari untuk di kongsikan bersama keluarga dan ada juga yang menggunakan ilmu tersebut untuk menambah sumber pendapatan mereka dengan cara menjual masakan mereka terutamanya kek atau kuih-muih.