Nama : Zatty Norsyamimee bt Mohd Sidek
Umur : 22 Tahun
Ahli : 11 Ogos 2018 

 

Latar belakang

Cik Norsyamimee merupakan anak ketiga dari 6 beradik. Merupakan anak kelahiran Bertam Baru. Seorang pelajar di IIUM dan membuat perniagaan kerja sambilan secara online dan offline bersama kakak kandung beliau. Perniagaan beliau di kenali dengan nama Siblings Kitchen di kalangan para pelanggan mereka. Perniagaan mereka jalankan mengikut masa dan tempat semasa mereka seperti ketika cuti belajar, mereka akan menjual di kampung dan jika dalam tempoh belajar,mereka akan menjual di kampus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mempelbagaikan cara promosi di laman sosial, pendapatan adalah terhad untuk pelanggan sekitar kampus dan kampung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Cik Norsyamimee telah dapat memperluaskan lagi produk ke kawasan luar.Beliau juga telah diperkenalkan ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 

Nama : Muhammad Aiman Bin Mahassan
Umur : 16  Tahun 
Ahli : 05 September 2016

 

Latar belakang

Aiman adalah pelajar tingkatan 4 yang bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Bendahara merupakan anak kepada pasangan Encik Mahassan dan Puan Rafidah.Aiman merupakan anak ke empat daripada 8 adik beradik. Aiman dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru.Ibu bapanya bekerja di Bandar Gua Musang. Aiman mendaftar sebgai ahli Pusat Internet Bertam bermula pada tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet Bertam, Aiman tidak ada pengetahuan berkenaan teknologi maklumat mahupun menggunakannya.Bermula daripada mendaftar sebagai ahli PI Bertam, Aiman mula mengikuti kelas asas komputer yang diadakan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat nternet Bertam,pengetahuan Aiman berkenaan teknologi maklumat sudah semakin bertambah. Selain itu, Aiman juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.Aiman juga dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan sumber rujukan internet. Tambahan lagi, Aiman juga rajin mengikuti program yang diadakan di Pusat Internet seperti kuiz, mahupun program Dashboard Komuniti.

 

 
NAMA : RAHIMAH BT MAT DAUD
UMUR : 48 TAHUN
AHLI : 26 FEBRUARI 2011

 

Latar belakang

Pn. Rahimah bt Mat Daud merupakan anak jati kelahiran Kg. Bertam Baru. Beliau sudah berumah tangga dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Membuka perniagaan sejak tahun 2000 bersama suaminya di hadapan rumah pusaka peninggalan arwah nenek beliau. Membuka kedai runcit dengan menjual barangan keperluan harian sehinggalah kepada makanan ringan (jajan) dan juga makanan segera (burger).Beliau membuka kedai rundit bagi mencari sumber pendapatan untuk keluarga di samping membantu suami yang merupakan seorang penoreh getah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya memasarkan produk jualan secara offline sahaja. Pelanggan perlu walk in ke kedai jika ingin mendapatkan barangan atau mengetahui kedai beliau beroperasi atau tidak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah di ajar menggunakan teknologi terutamanya media social. Melalui media social seperti Facebook dan juga Whatsapp, beliau boleh memberi info kepada pelanggan sama ada kedai beliau beroperasi ataupun tidak. Selain itu, pelanggan juga boleh mengetahui dan bertanya barangan yang mereka perlukan mempunyai stok atau tidak di kedai beliau. Ini memberikan kerjasama antara pelanggan dan penjual yang sangat baik melalui info yang di kongsi bersama.

 

 

NAMA  : NORIZAN BT ZAKARIA 
UMUR : 48 TAHUN
AHLI : 26 FEBRUARI 2011

 

Latar belakang

Pn. Norizan berasal dari Kg.Bertam Baru. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah membuka kedai makan (warung kopi) bersama suaminya En. Zulkifli sejak 8 tahun yang lalu. Kedai yang terletak di kawasan Stesen KTMB yang juga merupakan kediaman mereka menjadi tarikan warga kampung untuk mendapatkan makanan atau sarapan pagi yang tradisional. Lokasi yang strategik itu juga membantu beliau mendapat sumber pendapatan yang lebih dan pelanggan dari kampung lain yang menaiki keretapi untuk ke bandar. Kedai beliau beroperasi seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 10.00malam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Permintaan untuk produk (makanan) yang dijual sebelum ini hanya melalui walk in dari pelanggan sahaja. Jualan makanan atau tempahan makanan hanya melalui mulut ke mulut atau panggilan sahaja dan tidak begitu meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp Group dan mula mendapat tempahan awal dari pelanggan kampung sekitar yang menaiki keretapi untuk ke bandar.Pelanggan yang menaiki keretapi akan terlebih dahulu menghubungi beliau melalui panggilan ataupun Whatsapp untuk menempah makanan untuk di bungkus dan akan mengambil apabila keretapi tiba di stesen berikut. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sehari boleh mencecah sehingga RM100-RM200

 

NAMA : MOHD IKHMAN IRFAN BIN DAUD
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 04 OKTOBER 2015

 

Latar belakang

Ikhman Irfan merupakan pelajar darjah enam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Baru merupakan anak kepada pasangan Encik Daud Bin Mamat dan Puan Nor Juitamurni Bt Mat Yunus .Ibu bapa Irfan berasal dari Kampung Bertam Baru. Irfan merupakan anak ke enam dari lapan orang adik beradik. Irfan dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana bapanya menetap dan bekerja di Bertam Baru sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bertam manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Irfan tidak pernah ke Pusat Internet dan tidak pernah mengikuti aktiviti dan juga kelas yang melibatkan ICT. Pengetahuan berkenaan ICT juga tiada kerana tiada pendedahan awal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas berdaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2015, Irfan rajin mengikuti kelas jika petugas mengadakan kelas. Daripada kelas asas Irfan mula mengenali perkakasan komputer serta fungsinya. Selain,itu Irfan sudah mula mengenali dan tahu menggunakan Microsoft Office (Microsoft Word,Microsoft Excel dan Microsoft Power point). Tambahan lagi Irfan sudah pandai menggunakan pelayar internet (Mozila Firefox,Google Chrome) untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan pelajaran. Selain itu juga, Irfan juga suka bermain permainan pendidikan kerana dapat menguji pemikiran Irfan sendiri. Seterusnya, bukan sekadar mengikuti kelas komputer tetapi Irfan juga rajin mengikuti program-program yang dianjurkan di Pusat Internet.