Nama

: Muhammad Nurfahmi Bin Nurnyoto

Umur

: 46  Tahun

Ahli

: 20 Disember 2016

 

 

 

 

 

Latar belakang

Fahmi merupakan pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2016. Seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bertam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Fahmi langsung mempunyai pengetahuan tentang komputer dan juga tidak dapat menguasai penggunaan ICT dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak perubahan yang ditunjukkan oleh Fahmi setelah mengikuti kelas asas komputer yang diadakan di Pusat Internet. Setelah mengikuti beberapa kelas, kini Fahmi sudah mahir mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam menggunakan komputer. Tambahan lagi tahap penguasaan Fahmi dalam ICT semakin bertambah.

 

 

Nama

: Siti Faizal Binti Abdullah

Umur

: 31 Tahun

Ahli

: 10 Mei 2010

 

 

 

 

 

Latar belakang

Siti Faizal merupakan anak jati kelahiran Kg. Bertam Baru. Tinggal bersama keluarga dan masih belum berkahwin. Bekerja sebagai pembantu di Tabika Kemas Sri Bakawali Bertam Lama. Terlibat dalam perniagaan untuk mencari sumber pendapatan tambahan memandangkan jawatan sebagai pembantu tabika adalah kontrak dan tidak mempunyai gaji tetap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Membuat pesanan mengikut tempahan sahaja tanpa menyimpan stok yang lebih

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Siti Faizal telah Berjaya mempromosikan produk ke media sosial dalam liputan yang luas dan menyediakan stok yang lebih sebagai backup tempahan

 

 

Nama : Nor Sahira Binti Mohd Rusan
Umur : 21  Tahun
Ahli : 25 Julai 2020
 
 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Nor Sahira  atau dikenali dengan panggilan Ira  berasal dari Kg Limau Kasturi dan menetap di Kampung Bertam Baru setelah berkahwin dengan pasangannya. Bermula dengan seorang surirumah sepenuh masa dan kini telah membuat perniagaan dengan mendaftar diri sebagai dropship Shopee

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mengeluarkan modal yang kecik untuk menyimpan stok barangan untuk tujuan promosi kepada kenalan terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan, Ira sudah mula mahir menggunakan online sebagai medium untuk mempromosikan serta menerima tempahan daripada orang luar daripada Kampung Bertam dengan perkhidmatan COD barangan yang ditempah awal bagi mengelakkan pembeli tidak membayar tempahan yang dibuat.

 

 

Nama

: Norma Binti Omar

Umur

: 61  Tahun

Ahli

: 06 Januari 2020

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pn. Norma merupakan seorang isteri kepada pengusaha ternakan kambing En. Adnan. Menjadi usahawan online dan offline sebagai pekerjaan sampingan sambal membantu suami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat atau menggunakan perkhidmatan di pusat internet, beliau hanya menjual secara offline dengan meletakkan produk tersebut di kedai-kedai runcit sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Selain itu, beliau juga menggunakan platform Facebook, myshop @ Dashboard Komuniti dan juga Shopee.Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 

Nama : Siti Rahmah Binti Hussin
Umur : 46  Tahun
Ahli : 13 Februari  2011

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pn. Rahmah adalah usahawan Online dan Offline: Menjual Produk dari Terengganu (Kain Batik Terengganu, Celagi, Nisan).Pn Rahmah merupakan anak jati Kg. Bertam Baru. Beliau merupakan pembantu di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bertam Baru. Menjadi usahawan online dan offline sebagai pekerjaan sampingan memandangkan kerja sebagai pembantu PDK hanya separuh hari sahaja. Ibu kepada 5 Putera dan 1 Puteri ini mula bergiat dalam perniagaan semasa tercetusnya wabak Covid19 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat atau menggunakan perkhidmatan di pusat internet, beliau hanya menjual secara offline kepada orang-orang terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah dapat memperluaskan lagi produk ke dalam kumpulan whatsapp kampung yang khas di cipta untuk menjual produk setempat. Selain itu, beliau juga menggunakan platform Facebook, myshop @ Dashboard Komuniti dan juga Shopee.Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah