Nama | : Siti Rahmah Binti Hussin |
Umur | : 79 Tahun |
Ahli | : 13 Februari 2011 |
Latar belakang
Pn.Rahmah merupakan anak kelahiran kampung Bertam Baru. Bekerja sebagai pembantu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bertam Baru. Pn.Rahmah berniaga produk Tomato Hajar sebagai pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Rahmah tidak begitu mahir dalam menggunakan internet sebagai asas untuk menjual dan mempromosikan produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menyertai kelas keusahawanan di PEDi Bertam, beliau sudah mahir memperluaskan lagi kaedah mempromosikan produknya secara atas talian seperti di Shopee,Facebook dan whatsapp dan tiktok. Tambahan juga kemahiran dalam menggunakan internet bertambah baik
Nama | : Siti Norwani Binti Mustaffar |
Umur | : 34 Tahun |
Ahli | : 27 /01/ 2022 |
Latar belakang
Pn.Norwani merupakan anak kelahiran kampung Bertam Baru. Memulakan pekerjaan sebagai pekerja KFC. Setelah berhenti sebagai pekerja KFC, Puan Norwani memukan perniagaan menjual Ayam Goreng RM1.50 dirumahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Norwani tidak begitu mahir menggunakan platform kedai dalam talian untuk berniaga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Bertam, beliau sudah mahir memperluaskan lagi kaedah mempromosikan produknya secara atas talian seperti di Shopee,Facebook dan business whatsapps. Tambahan juga kemahiran dalam menggunakan internet bertambah baik.
Nama | : Nur Qisya Husna Bt Mohd Zulfadli |
Umur | : 09 Tahun |
Ahli | : 11 Ogos 2018 |
Latar belakang
Qisya merupakan pelajar darjah 3 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2018. Seorang yang aktif dan rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Bertam Qisya tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kemahiran menggunakan komputer Qisya semakin bagus. Banyak terlibat dengan kelas asas komputer yang diadakan.
Nama | : Nik Yurosilawani Binti Yunus |
Umur | : 35 Tahun |
Ahli | : 28 April 2014 |
Latar belakang
Pn.Yurosilawani dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Seorang surirumah tangga dan menjadi pembantu kedai mee celup di kedai kakaknya. Selain itu, Pn.Yurosilawani juga menjual sayur-sayuran kepada peniaga kecil di Bertam dan kampung sekitarnya sebagai pendapatan sampingan.Bagi menambahkan pendapatan Pn.Yurosilawani mula menjual mini popia serunding ikan yang dibuat sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mendapatkan tunjuk ajar dari petugas PEDi Bertam untuk mempromosikan popianya Pn.Yurosilawani tidak begitu mahir menggunakan medium atas talian dalam menjual produknya hanya sekadar mempromosikan dan menjual produk melalui whatsapp dan walk in sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Bertam, beliau sudah mahir memperluaskan lagi kaedah mempromosikan produknya secara atas talian seperti di Shopee,Facebook dan juga myshop Dashboard. Tambahan juga kemahiran Pn.Yurosilawani semakin bagus dalam menggunakan komputer.
Nama | : Nor Khayla Zafrah Bt Md Sahrizal |
Umur | : 11 Tahun |
Ahli | : 11 Ogos 2018 |
Latar belakang
Khayla merupakan pelajar darjah 2 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli semenjak 2018. Seorang yang aktif dan rajin mengikuti kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Bertam Khayla tidak begitu mahir menggunakan komputer dan hanya boleh menggunakan telefon sahaja untuk melayari internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas yang diadakan, kemahiran komputer Khayla semakin baik. Khayla dapat menambahkan pengetahuan baru tentang teknologi komputer.